Bila pasangan kita tidak dapat meluangkan masa yang berharga dengan kita, pastinya kita akan berasa seperti tidak dihargai dan seolah-olah tidak dipedulikan. Lebih2 lagi apabila mempunyai keadaan yg sangat sesuai untuk meluangkan masa bersama tetapi ianya tidak digunakan dengan sebaiknya. Beginikan caranya pasangan kita menjaga hati pasangannya sendiri???
Perlu ke kita hargai org yang tidak menghargai diri kita???
Kenapa kita tidak belajar untuk memahami hati dan perasaan pasangan kita??? kadang-kadang ada perkara yang tak perlu diberitahu kerana ia hanya boleh difahami.
Bila berasa bosan dan keseorangan barulah kita akan cari pasangan kita, tapi, tatkala diri sedang bersenang dan berbahagia dengan orang lain, kita akan lupa dan tidak pedulikan pasangan kita. patutah begitu???
Cinta itu bukan sekadar ungkapan tp perkongsian suka, duka, pengorbanan, dan ketelusan hati menerima kelebihan dan kekurangan org yg kita cintai. Andai ada salah silap cubalah untuk baiki, jangan kesilapan kecil diperbesarkan kerana kadang-kadang kesilapan itu datang daripada diri kita sendiri.
Cinta datang pada yang masih punya harapan... dan cinta itu wujud tanpa ada yg memaksa..
kenapa perlu mengeluarkan kata2 kesat, mengherdik,bermaki2an.. tak bleh ke keluarkan perkataan yg elok ketika marah.. pasangan kita bkn patung, jauh skali kayu.. punya perasaan untuk d sayangi dan d hargai.. bkn ke perkataan2 mcm tu menambah lg sakit d hati.. bila dah lama bersama, sepatutnya kita lebih memahami pasangan kita..so belajar la utk lebih menghargai dan jangan pentingkan diri sendiri...
Perlukah kita terhegeh-hegeh, tergedik-gedik dengan perempuan lain sedangkan dalam masa yang sama kita telah berpunya???
Jangan buat sesuatu perkara yang pasangan kita tidak suka. Kalau lakukan juga perkara itu sama seperti kita tidak menghargai dirinya. Tanamkan rasa serik dalam diri supaya tidak menjejaskan rasa hati pasangan terhadap diri kita. Bukan senang ingin merawat hati yang sudah terluka.
Jangan la bersikap seperti...bila dah kehilangan...baru terasa ingin menghargainya...semasa hayatnya ada la kita pergunakan dengan sebaiknya untuk menghargai insan2 yang tersayang, terpenting dalam hidup kita ini...
Patutkah kita menyalahkan orang lain kerana tidak dapat menerima masa lampau kita???
Kesetiaan dalam perhubungan menunjukkan bagaimana kita menghargai pasangan kita. Jika kita tidak setia, sama seperti kita tidak menghargai dirinya juga diri kita sendiri.
Menghargai pasangan adalah salah satu kunci kebahagiaan sesuatu perhubungan. Ketepikan rasa ego kerana perasaan sebegitu tidak akan menjanjikan kegembiraan yang ingin kita kecapi.
Diciptakan allah dari tulang rusuk adam...wanita sebagai isteri kepada lelaki yang bernama suami.. bukan dari kepala untuk dijunjung dan disanjung malah bukan letaknya dikaki,, sebagai alas untuk dipijak atau disepak..tetapi dekat dihati untuk dicintai, disayangi, dikasihi, dilindungi, dan di bimbing...
P/S: Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tak bahagia. Belajarlah untuk tidak mementingkan diri sendiri.
;
4 comments:
sedap r dgr ayat ni....abg hargai sgt2 fz
alhamdulillah syukur. tq abg, hrp xckp sje ekk.
em..ikhlas dari hati utk my love
lau gtu, tq byk2 my love ekk.
Post a Comment