Assalamualaikum buat sape2 yang sudi baca blog nie. Actually, aku tak tau nak buat ape, tu pasal datang singgah kat blog kejap. Topik yang aku nak bincang kali ini berkaitan “MARAH”. pernahkah kamu di luar sana suka marah2 orang tambah2 lagi insan yang kamu sayang???. Aku mengaku diri aku sendiri pun suka marah2 dan mengamuk kalau ada something yang membuatkan aku jadi marah teramat sangat ekk!!! dulu aku suka sangat2 marah2 orang ekk, sampaikan pada satu tahap aku berubah untuk tidak menjadi seorang yang pemarah lagi. Kalau takde sape yang buat aku naik angin, aku tak akan marah2… tapi, bila dah buat aku naik angin, aku pun ape lagi hangin sekali arghhh!!!
Alhamdulillah, sekarang aku dapat kawal diri aku daripada marah2 ekk. sebenarnya aku letih dan terasa amat sakit bila marah2 nie, so, jalan penyelesaiaannya adalah “relax”. Yaaa!!! Itu adalah jalan yang terbaik!!! Marah2 nie tak baik untuk diri ekk, aku kalau marah terus rasa sakit dada ekk, kata orang salah satu punca daripada mengalami sakit jantung adalah “marah”. so, belajar2 laa untuk tidak menjadi pemarah ekk. takde guna pun marah2 nie ekk. sesungguhnya hanya diri kita sendri sahaja yang dapat merubah diri kita, takde sape pun yang dapat merubah diri kita kerana diri kita adalah kita. Orang lain hanya mampu menegur dan menasihati kita dan bergantung atas diri sendiri samada nak dengar @ tak ekk. jika kita sendiri yang tak ingin berubah, alasan yang mungkin keluar dari mulut “ bukan senang nak berubah, amik masa yang lama tau”. Cepat atau lambat sebenarnya bergantung pada diri sendiri ekk. begitulah sikap manusia kadang2 cakap tak serupa bikin. Cakap sahaja pandai, tapi tak pernah nak buat.
Aku tertarik dengan satu kisah pasal orang yang suka marah2 nie. Sama2 laa kita amik ikhtibar daripada kisah nie ok.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seorang pemuda...
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang- lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
TEMAN adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan pembakar semangat untuk dirimu.
TEMAN juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Jagalah hati dan perasaan teman kita sebaik2nya.
P/S: Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan parut LUKA d hati anda... so, elakkan daripada marah2 ekk. Cozzz tidak ada gunanya marah2 ekk. Jadilah seorang yang pemaaf dan miliki la sebuah hati yang tenang dan suka bertolak ansur ekk.
“kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita tapi ingatlah hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka”.




No comments:
Post a Comment