Monday 1 August 2011 0 comments

-SaYanGkU-

Sayangku,
seandainya hari ini adalah hari yang terakhir buatku,
izinkanlah aku menatap wajahmu,
berikan aku seukir senyum manismu agar aku bisa tersenyum.

Sesungguhnya hati ini senang saat bersama denganmu,
tika bergelak ketawa denganmu,
aku bahagia.
Apabila menangis denganmu,
 aku juga bahagia.

Hati ini berterima kasih kerana kau sudi berkongsi rasa ini 
dan membuka pintu hatimu buatku 
meskipun aku tidak seperti yang lain.

Sayangku,
 hadirmu megubah segalanya,
duka bertukar menjadi suka.
Apa yang ada
cuma rasa cintaku padamu dan aku tahu engkau juga begitu.

Biarpun bahagia ini hanya sementara,
ku harap engkau merelakannya,
ku pohon kau mengertikannya.

Sayangku,
 sekiranya mataku terpejam buat selamanya,
maka carilah pengganti…
 agar kau gembira lagi,
biar kau tidak berpatah hati,
kerana aku tidak dapat bersama denganmu memintal dan mencalit cinta menyimpul dan memahat rindu.

Sayangku,
harapanku semoga engkau bahagia dan gembira selamanya di samping insan yang engkau sayang.
Pintaku,
 jangan dilupakan aku dan jagalah dirimu baik-baik,
Maafkan diriku kerana tak dapat untuk menjaga dirimu sebaiknya,

Sekiranya diri ini terlalu berdosa buatmu dan tak mampu untuk membahagiakanmu selama ini,
MAAFKANLAH DIRIKU WAHAI SAYANGKU.

Ketahuilah, 
sesungguhnya aku amat menyayangi 
dan 
mencintai dirimu dengan sepenuh hati.

Maaf 
dan 
terima kasih 
untuk segalanya...............................



 
;